12 MEI: Orang ramai berpeluang menikmati panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara apabila 10 syarikat telekomunikasi (Telco) tempatan menawarkan kemudahan itu bermula jam 10 malam ini hingga 10 pagi esok.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kemudahan ini dapat dinikmati oleh semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotcom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YTL.
“Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan berharap langkah berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia untuk terus saling berhubung dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga tersayang walaupun aktiviti ziarah tidak dibenarkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 12 Mei hingga 7 Jun.
“Terima kasih kepada syarikat telekomunikasi dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan Covid-19.
“Sama-sama kita berdoa agar lekuk pandemik ini dapat dilandaikan dengan pengorbanan dan usaha semua pihak,” katanya.
Get real time updates directly on you device, subscribe now.
Prev Post