12 MEI: Varian COVID-19 di India kini telah merebak di 44 buah negara, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Agensi kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (PBB) berkata, varian B.1.617 yang pertama kali dijumpai di India pada Oktober tahun lalu, dikesan dalam 4,500 sampel pangkalan data akses terbuka 44 negara di semua enam wilayah WHO.
Di luar India, ia menyatakan bahawa Britain melaporkan jumlah kes terbanyak yang disebabkan oleh varian berkenaan.
Awal minggu ini, WHO mengisytiharkan B.1.617 dengan tiga subgaris keturunan serta mutasi dan ciri yang sedikit berbeza sebagai varian yang dibimbangi.
Berikutan itu, ia dimasukkan ke dalam senarai bersama tiga varian COVID-19 lain yang pertama kali dikesan di Britain, Brazil dan Afrika Selatan.
Varian terbabit dilihat lebih berbahaya daripada versi asal virus kerana ia lebih mudah ditularkan, mematikan atau kebal terhadap beberapa perlindungan vaksin.
WHO hari ini menjelaskan, B.1.617 dimasukkan ke dalam senarai kerana ia lebih mudah menular daripada virus asal, yang menunjukkan peningkatan pesat dalam pelbagai negara.
WHO juga menunjukkan bukti awal bahawa varian itu kebal terhadap rawatan dengan antibodi monoklonal Bamlanivimab dan kajian awal makmal menunjukkan pengurangan peneutralan yang terhad oleh antibodi.
Ia menekankan bahawa kesan keberkesanan vaksin terhadap varian itu mungkin terhad.