14 MEI: Walaupun konflik bersama Palestin sudah memasuki hari keempat, Rejim Zionis Israel hari ini, masih tidak mahu ‘menghentikan keganasan’ apabila kini memasuki Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan bagi menentang kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (HAMAS).
Menurut mesej ringkas tentera, pesawat Israel dan tentera akan melakukan serangan di Semenanjung Gaza.
Jurucakap tentera negara itu, Jonathan Conricus mengesahkan bahawa tentera Israel sudah memasuki wilayah Palestin, namun beliau tidak menyatakan skala operasi ketenteraan terbabit.
Jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang.
Rejim Zionis Israel dikesan menambah operasi ketenteraan, termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.
Menteri Kesihatan Palestin menegsahkan, sejak serangan yang berlaku pada penghujung Ramadan lalu, sekurang-kurangnya 103 orang maut, termasuk 27 kanak-kanak, manakala 580 cedera.
Di Israel pula, tujuh orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut.