15 MEI : Sebuah bangunan yang menempatkan pejabat operasi dua syarikat media gergasi Associated Press dan Al Jazeera musnah akibat dibedil peluru berpandu Israel hari ini.
Reuters melaporkan pemilik bangunan 12 tingkat itu telah diberi amaran serangan peluru berpandu tersebut dan orang ramai telah pun diarahkan segera meninggalkan premis itu serta-merta.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut dari pihak Israel mengenai kejadian itu.
Bangunan yang terletak di Semenanjung Gaza itu juga menempatkan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat lain.