nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NGO Malaysia kutuk serangan tentera Israel

16 MEI: Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menghantar tentera pengaman ke Gaza bagi menghalang tentera Israel daripada terus melakukan serangan ke atas rakyat Palestin.

Presidennya, Tun Mohd Ali Rustam berkata tindakan keganasan Israel itu perlu dihentikan segera dan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

“PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hendaklah segera bersidang menuntut Israel menghentikan segera keganasan ini yang melanggar hak asasi manusia untuk rakyat Palestin hidup aman damai dalam negara mereka sendiri.

“DMDI menuntut negara-negara besar segera mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel supaya Israel mendapat pengajaran, terutama dalam menghormati hak asasi manusia dan rakyat Palestin dapat hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Ali berkata DMDI juga menggesa kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat  (AS), Kesatuan Eropah (EU), China dan Rusia dapat memainkan peranannya.

“Negara dan Kesatuan ini digesa mainkan peranan dengan memberikan tekanan antarabangsa terhadap Israel,” kata Yang Dipertua Negeri Melaka itu.

Sementara itu, Yayasan Perpaduan Malaysia, mengutuk sekeras-kerasnya nya tindakan Israel dalam siri serangan berterusan di Baitulmaqdis, termasuk ketika umat Islam di situ sedang beribadat.

Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata setiap orang mempunyai hak untuk melakukan ibadat dengan aman dan tidak boleh dihalang.

Katanya, tiada alasan logik boleh diberikan tentera Israel yang memulakan serangan ketika umat Islam di Gaza sedang menunaikan ibadah.

“Justeru, solidariti bersama Palestin adalah seruan dari Yayasan Perpaduan Malaysia untuk semua masyarakat di dunia yang mementingkan keharmonian dan kesejahteraan tanpa mengira agama.

“Yayasan Perpaduan Malaysia juga ingin menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan bantuan semampu boleh kepada Palestin bagi membantu mereka menghadapi waktu sukar ini,” katanya.

Lam Thye berkata, solidariti secara maya, bantuan kewangan, barangan atau bersama-sama berdoa boleh dilakukan supaya peperangan di negara berkenaan tamat dan penderitaan rakyat Palestin berakhir.

Beliau berkata, dalam situasi COVID-19 ketika ini, rakyat Palestin berhadapan situasi lebih sukar.

“Oleh itu kita lakukan apa termampu untuk menyokong dan membantu mereka yang berada pada waktu lebih sukar,” katanya.

Selain itu, Lam Thye berkata, bermula dengan Baitulmaqdis, dalam situasi kemeriahan Syawal, setiap hari dunia mengira bilangan mereka yang diserang, melihat berapa banyak rumah dan bangunan musnah dan menjadi saksi letupan bom di tanah Palestin.

“Atas nama kemanusiaan, sesungguhnya apa dilakukan Israel terhadap penduduk Gaza adalah sesuatu yang sangat kejam.

“Di penghujung Ramadan hinggalah tibanya Syawal, bedilan roket dan bom masih menghujani bumi Palestin yang tidak berdosa, sekali gus menunjukkan bahawa kemanusiaan sudah tiada di bumi Palestin,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.