17 MEI : Tindakan ganas tentera Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza yang memasuki minggu kedua menyaksikan seramai 52 kanak-kanak terbunuh menjadikan angka yang korban kini mencecah hampir 200 orang.
Manakala lebih 1,200 rakyat Palestin cedera dalam serangan roket tentera Zionis tersebut termasuk kaum wanita.
Walaupun tindakan regim Zionis itu mendapat tentangan negara dunia, khususnya negara Islam namun tidak dipedulikan rejim tersebut bahkan meneruskan serangan udara terhadap rakyat awam di Gaza.
Bukan itu sahaja, tentera rejim Zionis turut mengebom bangunan, tempat kediaman termasuk bangunan yang menempatkan dua media antarabangsa iaitu Associated Press dan Al Jazeera.
Serangan tentera Zionis kini semakin merebak dengan menyasarkan beberapa buah bandar lain selain bertindak ganas terhadap rakyat Palestin yang memprotes tindakan rejim itu.