nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Israel dihujani 3,100 roket dari Gaza

17 MEI: Isreal dihujani dengan kira-kira 3,100 roket dari Semenanjung Gaza sejak peperangan meletus seminggu lalu.

Jumlah tersebut merupakan yang terbanyak setakat ini sejak kependudukan haram Israel di Palestin.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam ucapannya yang disiarkan di peti televisyen semalam menyatakan, “Israel akan terus melawan dengan kekuatan penuh, dan akan memakan masa lebih lama untuk menyelesaikannya.”

Kempen ketenteraan rejim Zionis terus diperhebat pada hari ketujuh dengan meragut hampir 200 nyawa penduduk Palestin.

Menjelang waktu subuh, puluhan serangan berterusan dilancarkan ke atas kawasan penempatan penduduk yang padat di Genting Gaza tanpa menghiraukan gesaan komuniti antarabangsa supaya menghentikan kekejaman tersebut.

Seorang penduduk Gaza, Mani Qazaat berkata, dia seperti menunggu kematian yang datang pada bila-bila masa.

“Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sepatutnya sedar kami orang awam dan bukan pejuang Hamas yang menjadi sasaran mereka,” keluhnya.

Serangan baharu itu dilancarkan sehari selepas sekurang-kurangnya 42 penduduk Palestin termasuk lapan kanak-kanak dan dua doktor terkorban yang merupakan angka kematian tertinggi sejak operasi ketenteraan tersebut bermula.

Sehingga Isnin, angka korban di Genting Gaza telah mencecah sekurang-kurangnya 198 orang termasuk 58 kanak-kanak dan 35 wanita manakala lebih 1,300 cedera.

Pada Ahad, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa konflik Israel-Palestin dihentikan segera dan turut menyelar serangan kejam rejim Zionis ke atas Gaza yang disifatkan sebagai ‘jenayah sistematik’ ke atas penduduk Palestin.

Mesyuarat secara maya disertai 57 negara anggota itu dipengerusikan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan yang menuntut komuniti global menamatkan krisis tersebut dan menghidupkan semula rundingan damai berdasarkan penyelesaian dua negara.

Riyadh, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mendesak gencatan senjata segera dilaksanakan manakala Turki menyarankan mekanisme perlindungan untuk orang awam Palestin dan Israel dipertanggungjawabkan ke atas jenayah perang dilakukan rejim Zionis ke atas Genting Gaza.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.