nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

McDonald’s Malaysia nafi salur bantuan kepada Israel

17 MEI: McDonald’s Malaysia menafikan pengurusan restoran makanan segera itu menyalurkan bantuan kepada Israel dan menyifatkan dakwaan terbabit sebagai pembohongan serta fitnah.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, berkata McDonald’s Malaysia yang didaftarkan sebagai Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, diambil alih sepenuhnya Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak 2017 dengan ekuiti syarikat itu dimiliki mereka beragama Islam.

Jelasnya, sebagai syarikat tempatan, McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik atau agama di mana-mana negara.

“McDonald’s Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp tular berhubung pemboikotan jenama kami.

“Justeru, McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan mengenai jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah pembohongan dan fitnah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azmir berkata, pendirian mengenai isu itu sudah dijelaskan pihaknya pada 2017 dan dikongsi secara meluas orang ramai menerusi mesej WhatsApp mereka, selain diterbitkan media arus perdana, secara dalam talian serta blog.

Katanya, McDonald’s Malaysia juga mendapatkan pandangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang antaranya menyatakan seruan ‘wajib boikot’ hanyalah sah jika diperintah umara’ atau pemerintah negara, selain boikot tanpa fakta sah boleh dianggap sebagai fitnah menurut hukum Islam.

Selain itu, Azmir berkata, McDonald’s Malaysia sudah membuat laporan polis terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu serta menyebarkan mesej tidak berasas menerusi media sosial dan saluran lain bagi memboikot restoran McDonald’s di Malaysia.

Perkara itu, katanya, juga sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat serta lebih 15,000 warga tempatan yang bekerja dengan McDonald’s Malaysia.

“McDonald’s Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang agenda menyokong Israel, malah penjelasan kami berhubung isu terbabit diterima baik badan bukan kerajaan (NGO), seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), MYCARE, Aqsa Syarif, Palestine Centre of Excellence dan Viva Palestina Malaysia.

“Di sini, McDonald’s Malaysia turut mendoakan supaya penindasan dan keganasan ke atas Palestin akan segera berakhir, katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.