17 MEI: Pusingan kedua vaksin AstraZeneca akan diperluaskan ke tiga negeri yang kini di bawah di zon merah COVID-19 iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata perluasan pemberian suntikan vaksin itu ke negeri terbabit penting bagi mengekang penularan wabak COVID-19, sekali gus mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan di negeri tersebut.
Menurut beliau, kerajaan akan membuka permohonan untuk tempahan slot pusingan kedua vaksin AstraZeneca mulai 23 Mei ini dengan keutamaan diberi kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas
“Tempahan untuk mendapat slot suntikan vaksin AZ boleh dibuat menerusi laman web, pusat kesihatan daerah dan pusat jagaan warga emas terpilih.
“Perluasan ini adalah selari dengan usaha mengekang penularan COVID-19 tinggi di Zon Merah dengan mencatumkan fasa dua dan empat iaiti kawalan wabak.
“Kita akan buka pendaftaran menerusi laman web, komuniti outrich di pejabat kesihatan daerah (PKD) dan bukan semua pendaftaran dibuat menerusi online sekali gus di mana PKD menawarkan vaksin AZ kepada warga emas di Lembah Klang, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor mulai 23 Mei ini, “katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan PICK bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba secara maya di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Khairy memaklumkan sekiranya masih terdapat kekosongan slot janji temu suntikan AZ pada 26 Mei 2021 maka kerajaan akan buka kepada golongan berusia bawah 60 tahun dan pengecualian diberikan kepada mereka yang berada senarai menunggu pusingan pertama AZ.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu kerajaan menerusi pemberi vaksin AstraZaneca dalam fasa kedua PICK berikutan laporan diterima menunjukkan pelalian berkenaan hanya memberikan kesan sampingan ringan kepada penerimanya.
“Ini selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia menetap tempoh jarak antara suntikan dos pertama dan kedua AZ adalah 12 minggu selari dengan kelulusan diberikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) serta menjadi amalan di negara lain seperti Australia, Belanda, Finland, Iceland dan Portugal, “katanya.
Namun, Khairy menegaskan kerajaan akan memberi kelonggaran kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara untuk mendapat suntikan dos kedua vaksin AstraZaneca lebih awal daripada ketetapan asal iaitu antara lapan hingga 12 minggu seperti disarankan oleh WHO.
“Kumpulan pakar WHO pula mengesyorkan jarak antara kedua-dua dos adalah antara lapan hingga 12 minggu. Jadi kerajaan membuat keputusan untuk menetapkan 12 minggu.
“Namun begitu kita membenar permohonan daripada orang ramai pada minggu depan untuk memendekkan jarak dos berkenaan dengan memohon di laman web terutama pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, Khairy mengesahkan sehingga semalam seramai 10,668 individu telah menerima suntikan vaksinasi mereka di tiga Pusat Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) iaitu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau berkata pecahan mengikut PPV adalah 8,595 di WTCKL, 1090 individu di
UM dan 983 di UKM dan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, WTCKL adalah PPVAZ terbesar di Malaysia setakat ini dengan kapasiti vaksinasi sebanyak 8,100 dos setiap hari.
“Pada hari pertama sahaja, WTCKL mencatatkan rekod sebanyak 8360 dos vaksinasi dan 8595 dos pada hari keduanya semalam,” katanya.