17 MEI : Tunjuk perasaan pro Palestin dan pro Israel di Montreal semalam bertukar ganas apabila dua pihak tersebut bertembung sehingga memaksa Polis Kanada menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan dua pihak tersebut.
Tunjuk perasaan yang pada awalnya berlangsung dengan aman bertukar tegang sebaik penunjuk perasaan pro Palestin tiba di kawasan tersebut lalu bertembung dengan kumpulan pro Israel.
Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin yang berhimpun di pusat bandar Montreal kelmarin, mengecam tragedi di Gaza yang disifatkan sebagai penindasan Israel dan ‘jenayah perang’ dilakukan Yahudi Zionis.
Tunjuk perasaan pro-Palestin juga berlangsung sepanjang Sabtu lalu di beberapa bandar di Kanada, termasuk Toronto, Ottawa dan Vancouver.
Serangan Israel mengorbankan hampir 200 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza semalam.
Ini menjadikan angka korban terburuk dalam tempoh hampir satu minggu serangan rejim Zionis terhadap Palestin.