18 MEI: Seramai 208 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 1,500 cedera dalam tempoh seminggu dalam pertempuran antara Palestin dan Israel, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan seramai 198 orang terbunuh – termasuk 58 kanak-kanak dan 1,300 cedera dalam tujuh hari pengeboman oleh Israel, berakhir pada waktu tengah hari waktu tempatan.
Israel melaporkan 10 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera akibat serangan roket Palestin yang dilancarkan dari Gaza, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB.
Berdasarkan pada laporan jumlah korban rakyat Palestin, pihak kemanusiaan itu mengatakan lebih daripada 42,000 orang yang meminta perlindungan di 50 sekolah di seluruh Gaza yang dikendalikan oleh agensi PBB untuk pelarian Palestin yang dikenali sebagai UNRWA
Memetik Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Gaza, OCHA melaporkan 94 bangunan hancur dan 285 unit perumahan rosak teruk dan tidak dapat dihuni.
Rakan kemanusiaan, Shelter Cluster pula melaporkan lebih daripada 2,500 orang kehilangan tempat tinggal
Struktur yang rosak merangkumi 41 kemudahan pendidikan, termasuk sekolah, dua tadika, pusat latihan vokasional UNRWA, Kementerian Pendidikan dan kemudahan pendidikan tinggi, kata organisasi dunia itu.
Selain itu, empat hospital Kementerian Kesihatan, dua hospital bukan kerajaan, klinik, pusat kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin juga mengalami kerosakan.
Bekalan elektrik di seluruh Gaza diturunkan antara enam hingga lapan jam sehari, rata-rata, dengan beberapa saluran tidak berfungsi hingga mengganggu penyediaan rawatan kesihatan dan perkhidmatan penting lain, termasuk air, kebersihan dan sanitasi, kata OCHA.
Keperluan sokongan makanan dan tunai semakin meningkat.
PBB dan rakan-rakan kemanusiaan memberikan makanan dan barang bukan makanan kepada keluarga di Gaza dan bantuan wang tunai segera kepada lebih 52,000 orang.
Mereka juga menyediakan sesi bimbingan psikososial jarak jauh untuk penduduk yang trauma, meningkatkan kesedaran tentang risiko sisa letupan perang dan menilai kerosakan harta benda.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB memaklumkan beberapa serangan udara Israel baru-baru ini, terutama di bangunan tinggi, menimbulkan kebimbangan mengenai serangan diskriminasi dan tidak seimbang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Begitu juga, pelancaran roket dan mortar dari kawasan kejiranan awam yang berpenduduk tinggi di Gaza ke pusat-pusat penduduk awam di Israel juga mungkin menyalahi undang-undang.
Di Tebing Barat, termasuk di Baitulmuqaddis Timur, demonstrasi dan pertempuran yang meluas antara Palestin dan tentera Israel berlaku di beberapa lokasi untuk memperingati Hari Nakba pada hari Sabtu, kata OCHA.
Dua orang Palestin ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel.
Sorang budak lelaki lain mati setelah ditembak empat hari sebelumnya di Hebron oleh pasukan Israel.