18 MEI: Kadar peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Selangor semakin membimbangkan apabila mencatatkan 1,743 kes daripada keseluruhan 4,865 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini.
Pertambahan 4,865 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 479,421 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 1,743 kes dilaporkan.
Katanya, negeri lain turut mencatatkan kes tinggi hari ini iaitu Sarawak dengan 512 kes diikuti Kuala Lumpur (477); Johor (407) dan Kelantan (406).
“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan hanya tiga negeri mencatatkan kes satu angka iaitu Putrajaya dengan sembilan kes, enam di Labuan dan dua di Perlis,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam, negara merekodkan sebanyak 4,446 kes jangkitan baharu COVID-19 dan 45 kematian.
Get real time updates directly on you device, subscribe now.