nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selangor Nafi Tolak PKP Penuh

19 MEI: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan menolak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ekoran peningkatan mendadak melebihi 2,000 kes COVID-19 di negeri itu hari ini.

Amirudin dalam sidang media mengejutnya hari ini berkata, cadangan PKP menyeluruh itu perlu dilihat secara holistik dan kesan sampingan kepada rakyat negeri itu.

“Adalah kurang tepat mengatakan Selangor menolak cadangan PKP menyeluruh kerana kuasa untuk melaksanakan tindakan itu hanya boleh diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Isunya bukan kita menolak tetapi kita perlu melihat secara keseluruhan dan tujuannya. Jika tujuannya mahu menghentikan penularan, kita perlu banyakkan ujian saringan, jika tidak jangkitan akan berkumpul di dalam rumah,” kata Amirudin yang juga Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Batu Caves.

Tambahnya, jika tujuannya untuk mempercepatkan vaksin, kita kena laksanakan program vaksinasi dengan pantas.

Selain itu, pelaksanaan PKP penuh juga kena melihat golongan terpinggir dan semua pihak yang terbabit.

“Kita tidak mahu terperangkap dalam keputusan yang dilakukan yang akhirnya menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Amirudin berkata, kerajaan negeri juga akan mengemukakan cadangan tertentu kepada MKN sekiranya penutupan penuh dilaksanakan di negeri itu, dalam mesyuarat esok atau Jumaat ini.

Terdahulu, Dr Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan menegaskan Selangor menolak pelaksanaan PKP sepenuhnya dengan alasan pengurusan COVID-19 di negeri itu berada pada tahap terbaik.


Get real time updates directly on you device, subscribe now.