nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tawaran 2 juta dos vaksin Sinovac tidak betul – Khairy

19 MEI: Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, menafikan Kerajaan Persekutuan menghalang Pulau Pinang menerima dua juta dos vaksin Sinovac yang mahu didermakan oleh sebuah syarikat swasta.

Khairy berkata kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak benar dan membangkitkan tuduhan sangat serius terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga memaksanya membuat sidang media bagi menjelaskan kedudukan sebenar perkara itu.

Ahli Parlimen Rembau itu, menjelaskan bahawa beliau memang ada menerima satu salinan surat yang dimaksudkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bertarikh 1 Februari 2021 dan ditulis oleh individu bernama Yong Chee Kong beralamat di Kota Kinabalu, Sabah mengenai sumbangan pembelian untuk membeli vaksin COVID-19 untuk kerajaan negeri berkenaan.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata surat itu menyatakan bahawa derma berkenaan adalah dalam bentuk pembayaran kepada pengeluar dengan kos untuk membiayai 2 juta dos vaksin Sinovac terbabit.

“Penderma berkenaan memperkenalkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat swasta berpangkalan di Hong Kong dan beliau akan membayar deposit AS$ 2 juta Amerika Syarikat jika kerajaan Pulau Pinang bersetuju dan sudah berhubung dengan Sinovac Limited melalui pegawai jualan antarabangsa syarikat farmaseutikal berkenaan.

“Tawaran ini dibuat pada Februari 2021 di mana NPRA belum meluluskan penggunaan vaksin Sinovac untuk rakyat Malaysia. Jadi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan pada bertarikh 12 Mac 2021, menjelaskan kita ada cukup vaksin untuk negeri Pulau Pinang menerusi PICK,” katanya dalam sidang media khas disiarkan secara langsung di Facebooknya di sini, hari ini.

Berikutan itu, Khairy berkata beliau mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri mengenai tawaran derma berkenaan selepas sidang media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam.

“Selepas dibuat pengesahan bersama pihak Sinovac di China, saya nak umumkan bahawa tiada apa-apa bukti atau dokumen mahupun permohonan diterima daripada mana-mana wakil syarikat terbabit berhubung sumbang dimaksudkan.

“Malah, wanita yang dinamakan sebagai pegawai jualan antarabangsa iaitu Miss Coco Chan dalam surat terbabit mengesahkan bahawa beliau tidak mengendalikan urus niaga Sinovac bagi pasaran Asia dan menafikan pernah dihubungi bagi tujuan sumbangan dimaksudkan,” kata Khairy dalam sidang media secara maya itu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau juga telah melakukan carian syarikat berkenaan mengikut ejaan dalam salinan surat diterimanya dan mendapati entiti perniagaan itu sebenarnya tidak wujud.

Tambah Khairy lagi kakitangan MOSTI juga memaklumkan bahawa beliau turut menerima satu salinan surat dari syarikat sama kononnya mereka mahu menyumbang sebanyak dua juta dos vaksin untuk negeri Sabah pada 9 Februari 2021.

Berikutan itu, kakitangan MOSTI merujuk perkara berkenaan kepada Sinovac dan mendapati bahawa tawaran derma 2 juta dos vaksin berkenaan adalah tidak betul.

“Senang kata apa yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kononnya ada syarikat nak derma dua juta dos vaksin Sinovac kepada rakyat negeri itu adalah perkara palsu. ‘This a scam’ dan ini adalah ‘bogus’ tidak benar sama sekali selepas kita buat pemeriksaan dengan Sinovac.

“Kita periksa dengan Sinovac mereka kata tidak pernah berurusan. Kita semak rekod dengan Hong Kong pihak berkuasa di sana menyatakan syarikat berkenaan tidak wujud. Tiada siapa pun kenal individu yang mendakwa dirinya sebagai Yong Chee Keong yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah terbabit.

“Jadi macam mana Ketua Menteri boleh menggunakan surat palsu (scam) ini untuk menuduh Kerajaan Persekutuan menghalang derma 2 juta dos vaksin untuk rakyat negeri Pulau Pinang,” katanya.

Berikutan itu Khairy berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) supaya membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan Guan Eng kerana membuat tuduhan melulu kononnya Kerajaan Persekutuan menghalang negeri berkenaan menerima sumbangan vaksin daripada syarikat terbabit.

“Saya memang sentiasa mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak ingin membantu dan menyumbang dos vaksin kepada Kerajaan Persekutuan atau negeri dengan syarat ia mestilah mengikut saluran ditetapkan dan mendapat kelulusan NPRA kerana suntikan pelalian adalah barang kawalan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.