nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia main peranan ubah pandangan masyarakat dunia terhadap Israel

20 MEI: Usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengecam kekejaman rejim Zionis Israel secara maya tidak sia-sia apabila Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volkan Bozkir, akan mengadakan Sesi Khas bagi membahaskan mengenai ‘Situasi Terkini di Timur Tengah’ dan ‘Soal Palestin’. 

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan Presiden PBB itu juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin Negara Islam di Asia Tenggara iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia serta pemimpin dari Indonesia, Presiden Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Ahad lalu. 

Menurut beliau, keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.

“Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu – di pihak Kementerian saya, Kementerian Luar Negeri telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.

“Ini termasuklah desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut 6 syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan PBB mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin. 

“UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. Ini amat mengecewakan,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan kekurangan azam politik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa.

“Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jenayah perang. Apa yang berlaku sekarang ialah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikecam dan dihentikan.

” Rakyat Malaysia, jangan memandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua,” katanya.

Terdahulu, tiga negara berjiran ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei mengecam keras keganasan terang-terangan dan pencerobohan rejim Israel yang sengaja menyasarkan penduduk awam di wilayah Palestin.

Nada tegas itu disuarakan tiga Muhyiddin, Jokowi dan Sultan Hassanal menerusi satu kenyataan bersama hari ini sebagai merujuk insiden serangan berdarah pihak Zionis di Baitulmaqdis Timur dan Gaza. 

Mereka bertiga turut mengutuk pelanggaran undang-undang antarabangsa termasuk hak asasi manusia yang jelas dicabuli rejim Israel malahan disifatkan amat tidak berperikemanusiaan.

Dasar kekerasan kejam digunakan Zionis itu kata mereka, ternyata polisi berbaur Apartheid terhadap penduduk sah di tanah berdaulat Palestin yang sengaja cuba dijarahkan secara paksa.

Justeru, tiga tokoh itu menggesa semua pihak terlibat melaksanakan gencatan senjata dan mengambil langkah menghentikan serangan ke atas orang awam berdasarkan norma sejagat.- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.