20 MEI: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan menteri besar serta ketua menteri negeri-negeri Pakatan Harapan diundang hadir ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dijadualkan esok.
Amirudin memberitahu mengenai undangan melalui ciapan di Twitter malam ini dan komited untuk hadir esok.
“Terima kasih atas undangan semula ini, saya komited hadir untuk ketengahkan pandangan demi kepentingan rakyat Negeri Selangor,” katanya.
Terdahulu Amirudin pada ciapannya memberitahu mesyuarat MKN esok tidak akan melibatkan menteri besar dan ketua menteri PH seperti sebelum ini.
Sebelum ini, menteri besar Selangor, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow tidak dijemput hadir mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Covid-19.
Mesyuarat MKN esok dijangka dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.