21 MEI : Pejuang Hamas dan pengganas Zionis bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata pada pagi Jumaat ini dan perkara tersebut disahkan oleh jurucakap Hamas dan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Gencatan senjata itu dilakukan setelah kabinet Israel menerima saranan daripada negara Mesir dengan sebulat suara tanpa sebarang syarat.
Bagaimanapun, biarpun kedua belah pibak sudah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata, pejuang Hamas dan pengganas Zionis tetap meneruskan serangan apabila beberapa roket terus dilancarkan beberapa minit setelah pengumuman gencatan senjata.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mendesak Israel agar meredakan ketegangan manakala Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi mengarahkan dua delegasi keselamatan ke tanah haram Israel dan Wilayah Palestin untuk berusaha mengadakan gencatan senjata.
Setakat ini, perang sengit antara kedua-dua belah pihak telah berlansung selama 11 hari bermula 10 Mei lalu dan telah menngorbankan 232 nyawa rakyat Palestin termasuk 65 kanak-kanak.
Angka korban Zionis Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan cedera dalam serangan roket Hamas.
Tindakan pengganas Israel terhadap rakyat Palestin itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat dunia tanpa mengira agama.
Beberapa siri demostrasi telah dilakukan di beberapa buah negara bagi membantah tindakan kejam rejim Zionis itu.