21 MEI: Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dibuka sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagai golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan.
Melalui perkongsian dimuat naik menerusi ciapan di Twitter rasminya yang memetik maklumat awal dilaporkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) di media sosial sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan, PPV itu dibuka untuk OKU Penglihatan di Lembah Klang.
Beliau turut berkongsi kaedah pendaftaran untuk vaksinasi bagi golongan itu dan seorang pengiring mereka, boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle q2rP3WDC3MJqn9Re9…
Pendaftaran itu akan ditutup pada 31 Mei ini.
Khairy turut menulis ciapan di perkongsiannya itu bahawa PPV bagi OKU Penglihatan akan dibuka di seluruh negara.
Pembukaan PPV itu adalah menerusi kerjasama MAB dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan golongan berkenaan di Brickfields dan Lembah Klang mengikuti PICK. –Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN