nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis panggil individu tawar Sinovac kepada Pulau Pinang

21 MEI: Individu mendakwa mahu menyumbang dua juta dos vaksin COVID-19 kepada Pulau Pinang, sudah dipanggil Polis Sabah bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata individu terbabit diminta hadir memberi keterangan.

“Ya, kita mengesahkan individu dimaksudkan sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah untuk memberi keterangan.

“Bagaimanapun, polis menafikan individu dimaksudkan kini ditahan kerana setakat ini, beliau dipanggil untuk memberi kerjasama,” katanya.

Beliau mengulas isu sumbangan vaksin diberikan ahli perniagaan dari Sabah kepada kerajaan Pulau Pinang yang didakwa tidak benar.

Isu membabitkan ahli perniagaan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat di Hong Kong itu, didedahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang mengatakan tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac berkenaan adalah satu penipuan.

Perkara itu tercetus susulan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mendakwa kerajaan negeri pernah menerima tawaran sumbangan vaksin daripada sebuah syarikat swasta tempatan pada Februari lalu, namun tidak mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi sidang media pada Selasa, Kon Yeow memohon KKM memberi kelulusan kepada Pulau Pinang bagi menerima sumbangan dua juta dos vaksin keluaran China itu untuk mempercepatkan proses imunisasi berikutan peningkatan kes di negeri berkenaan.

Permohonan itu dibalas Khairy menerusi kenyataannya yang mendakwa syarikat Xintai Development Enterprise Ltd tidak wujud dan tawaran itu palsu selepas pihaknya melakukan semakan carian berhubung organisasi terbabit.

Dalam reaksi balas, Kon Yeow meminta syarikat berkenaan tampil memberi penjelasan dengan mengemukakan bukti berkaitan bagi membersihkan nama dan imej mereka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.