nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak wajar salahkan agensi pelancongan, MOTAC semata-mata

21 MEI: Industri pelancongan tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya berhubung isu sekumpulan pelancong positif COVID-19 di Kedah selepas mengadakan aktiviti perjalanan ke Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

Setiausaha Agung Kehormat Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Noor Zaleha Baharuddin, berkata ini kerana agensi pelancongan yang mengendalikan pakej kumpulan terbabit sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Sumber asal kontak COVID-19 masih belum dapat dikenal pasti, malah Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan berhubung itu terbabit.

“Justeru adalah tidak wajar untuk kita semata-mata menyalahkan industri pelancongan sebagai sektor membawa kepada penyebaran kes COVID-19 yang berlaku di Kedah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun, berkata MOTAC tidak harus dipersalahkan berhubung isu terbabit kerana pemain industri pelancongan perlu mematuhi SOP ditetapkan.

Katanya, niat murni MOTAC memperkenalkan gelembung perjalanan pelancongan sebelum ini adalah bagi membantu industri bangun kembali, selepas lebih setahun tidak mampu beroperasi dengan lancar.

“Bagi pandangan MATA, kita tidak boleh menunding jari atau mencari salah MOTAC kerana tercetusnya kluster pelancongan membabitkan kumpulan pelancong berkenaan, sehingga memaksa kerajaan Kedah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Kota Setar.

“Saya yakin sekiranya kesemua SOP dipatuhi dengan ketat, sudah tentu kluster pelancongan tidak akan wujud kerana peraturan ditetapkan MOTAC adalah bagi menjaga keselamatan dan kepentingan pelancongan serta pemain industri,” katanya.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Emmy Suraya Hussein turut berpendirian bahawa semua pihak tidak menyalahkan industri pelancongan secara keseluruhan, terutama MOTAC.

“Dalam hal ini, MyBHA bersimpati dengan kejadian yang menimpa kerana perkara terbabit berlaku ketika aktiviti pelancongan yang mengikut SOP Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik ditetapkan MOTAC.

“Bagi mengelakkan isu seperti ini, pematuhan SOP, termasuk penjarakan sosial sentiasa perlu ditekankan dan kita sendiri harus menjadi warga yang bertanggungjawab dalam menjalankan kehidupan seharian,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis, berkata kejadian itu seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak, sama ada orang awam atau pengusaha industri pelancongan supaya mengambil serius berhubung kepentingan
pematuhan SOP, termasuk penjarakan sosial.

“Apapun MITA amat menghargai komitmen Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukry dan pasukan kerjanya yang tidak pernah berputus asa dalam membela nasib penggiat industri pelancongan seni serta budaya sehinggalah pergerakan rentas negeri dan daerah serta Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik dibenarkan, demi memastikan kami mampu terus menjana pendapatan.

“Kami juga tidak bersetuju dengan kenyataan pihak tertentu yang menyalahkan sektor pelancongan sebagai penyumbang kepada penularan kes positif COVID-19,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.