23 MEI: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengesahkan vaksin AstraZeneca selamat dan lebih bermanfaat digunakan oleh golongan warga emas.
JKJAV memaklumkan menerusi kajian dan analisa data mendapati nisbah manfaat dan risiko bagi vaksin AstraZeneca adalah lebih baik apabila umur semakin meningkat.
Menurut JKJAV, walaupun terdapat kes terdapat kes pembekuan darah dengan platelet rendah telah dilaporkan Namun kejadian ini dianggarkan berlaku dalam 1 daripada 1,00, 000 orang yang menerima vaksin ini.
“Analisa menunjukkan bahawa semakin berusia seseorang individu, semakin tinggi manfaat vaksin AstraZeneca dalam mencegah kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat COVID-19 berbanding dengan kejadian pembekuan darah dengan platelet rendah yang jarang berlaku.
“Kejadian pembekuan darah dengan platelet rendah selepas divaksinasi bagi mereka yang berusia 40-49 tahun adalah sebanyak 2.1 daripada 100,000. Risiko tersebut kemudiannya berkurang kepada 1 daripada 100,000 bagi golongan berumur 60-69.
“Ia menurun lagi kepada kira-kira 0.5 daripada 100,000 untuk golongan berumur 70-79 tahun,” katanya menerusi infografik JKJAV, hari ini.
Dalam pada itu, JKJAV memaklumkan
bagi potensi manfaat vaksin AstraZeneca berkaitan kematian akibat COVID-19 pula mendapati bahawa, kematian akibat COVID-19 lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berusia berbanding dengan kejadian pembekuan darah.
Sebagai contoh, jawatankuasa itu menjelaskan bagi golongan yang berusia 60-69 tahun, bilangan kematian yang dapat dicegah adalah tiga kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berusia 40-49 tahun.
“Kejadian pembekuan darah dengan platelet rendah setelah divaksinasi bagi mereka yang berusia 40-49 tahun adalah sebanyak 2.1 daripada 100,000.
“Risiko tersebut semakin berkurangan kepada 1 daripada 100,000 buat mereka berumur 60-69 tahun dan menurun lagi kepada 0.5 daripada 100,000 untuk golongan berumur 70-79 tahun.
“Berdasarkan analisa data Malaysia, nisbah manfaat/risiko vaksin AstraZeneca adalah lebih baik apabila umur semakin meningkat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH