26 MEI: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Limbang ditutup selepas banjir di Sarawak sejak 19 Mei lalu, berakhir hari ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPS di Dewan Kampung Bidang dan Dewan Buloh Baloi ditutup pada jam 2 petang tadi.
“Sejumlah 52 mangsa daripada 17 keluarga di kedua-dua PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Banjir dilaporkan melanda beberapa kawasan di utara Sarawak, sebelum ini susulan hujan lebat sejak Rabu minggu lalu