nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ulama perlu berijtihad secara jemaah dalam tempoh darurat 

26 MEI : Para ulama’ khususnya para mufti perlu berijtihad secara berjamaah dan jangan memberikan pendapat secara berseorangan kerana masanya tidak sesuai untuk menonjolkan diri masing-masing.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kempen politik bagi memperkecilkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun para menteri yang menjalankan tugas ketika tempoh darurat. 

“Bahkan pada masa inilah, undang-undang darurat yang tegas demi menjaga nyawa manusia mesti dikenakan terhadap mereka yang tidak menghormati kepentingan masyarakat umum, khususnya pengamal media yang menyalahgunakan kebebasan media dalam suasana seperti hari ini.

“Ini termasuklah agamawan yang menyanggah pelaksanaan perintah kuarantin, prosedur operasi standard (SOP) dan pengambilan vaksin sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat awam,” katanya menerusi kenyataan Minda Presiden PAS di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah menegaskan ini bukan masanya untuk pelbagai pihak berdebat mencari kesalahan dan kelemahan kerana bentuk serangan wabak pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi hari ini sudah berubah.

Beliau berkata, sepatutnya ketika tempoh darurat kesihatan, seluruh rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan politik, kerana wabak ini tidak mengenal siapa mangsanya.

“Semua pihak berperanan menyedarkan masyarakat seperti perlunya suntikan vaksin kerana Islam meletakkan turutan menjaga nyawa adalah wajib diutamakan, sehingga dihalalkan perkara yang haram dalam ayat-ayat al-Quran.

“Malaysia bertindak menangani penularan wabak ini dengan menyediakan kumpulan barisan hadapan. Oleh kerana wujud perubahan perkembangan wabak dari semasa ke semasa di seluruh dunia, maka tindakan susulan dan perubahan tertentu terpaksa dilakukan bagi membendung situasi terkini. 

“Para ulama’ maqasid al-syari‘ah menyenaraikan mengikut tertib keperluan hidup manusia wajib dijaga iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan maruah, serta menjaga harta. Menjaga nyawa itu diutamakan melebihi perkara-perkara yang lain sehingga dihalalkan perkara yang haram demi ingin menjaga nyawa,” katanya. 

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Abdul Hadi berkata tugas pakar perubatan dan pihak keselamatan juga menjadi jihad fardhu ‘ain yang besar pahalanya kerana memberi risiko akan mengorbankan nyawa mereka.

“Hal ini menunjukkan bahawa mereka yang berada di barisan hadapan menjalankan tugas jihad fardhu ‘ain, bukan lagi fardhu kifayah. Maka, jangan diganggu tugasan mereka nanti berdosa besar, melainkan mereka yang tidak percaya kepada Hari Akhirat, dosa dan pahala. 

“Hasil pendapatan mereka walaupun banyak, tetapi makanan, pakaian, kenderaan dan kediaman mereka tiada keberkatan di dunia dan mendapat kecelakaan di akhirat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.