27 MEI: Jumlah kes positif harian COVID-19 di Malaysia memecah rekod tertinggi dua hari berturut-turut dengan hari ini berjumlah 7,857 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 541,224.
“Selangor terus mencatatkan angka tertinggi dengan 2,675 kes dikesan hari ini diikuti Kelantan (754) dan Sarawak (772).
Manakala Kuala Lumpur mencatatkan 561 kes baharu, diikuti Johor (549), Kedah (441), Pulau Pinang (365), Negeri Sembilan (353), Sabah (217 kes), Melaka (234), Pahang (238), Terengganu (282), Labuan (170), Putrajaya (12) dan Perlis (enam),” katanya Dr Noor Hisham dalam ciapan menerusi akaun Twitternya hari ini.