nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengamal media bakal terima suntikan vaksin awal Jun ini

27 MEI: Kerajaan memberi jaminan bahawa lebih 5,800 pengamal media daripada 144 agensi di seluruh Malaysia bakal menerima tarikh janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 masing-masing mulai awal bulan Jun.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah memberikan kelulusan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk menghantar notis janji temu kepada wakil media berkenaan secepat mungkin.

“Sukacita saya maklumkan bahawa semua wartawan dan pengamal media akan mula mendapat janji temu pemberian vaksin COVID-19 bermula minggu pertama Jun.

“Saya sudah tandatangani senarai nama pengamal media sebentar tadi (sebagai kelulusan untuk diberikan vaksin secepat mungkin),” katanya pada sidang media khas secara maya, hari ini.

Sebelum ini, Khairy menegaskan tindakan mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada keputusan kerajaan untuk melindungi petugas barisan hadapan dengan mendahulukan guru dan pengamal media.

Jumlah petugas media itu diperoleh daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta persatuan wartawan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mereka terdiri daripada semua petugas media pemegang Kad Perakuan Media JaPen yang aktif menjalankan kerja-kerja kewartawanan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mei 2019 hingga 30 April 2021.

Sebelum ini media melaporkan, Khairy mengesahkan lebih 5,800 pengamal media tempatan bakal menerima janji temu untuk mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.

Tindakan itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk melindungi golongan barisan hadapan termasuk guru dan pengamal media massa yang sentiasa berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 ketika bertugas membuat liputan di lapangan.

Berikutan itu, Khairy berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), bekerjasama dengan jabatan penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimadia serta persatuan wartawan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mengumpulkan 5,867 pengamal dan petugas media daripada 144 agensi media berdaftar.

Dalam perkembangan lain, Khairy sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan pelbagai masalah teknikal dihadapi mereka ketika mengisi permohonan pusingan kedua janji temu vaksin AstraZeneca, secara online semalam.

“Saya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap PICK memohon maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah melayari laman sesawang untuk membuat tempahan vaksinasi AstraZeneca pusingan kedua semalam.

“Ia sepatutnya berjalan dengan lebih baik. Sebagai contoh, ada tarikh dipaparkan di skrin menunjukkan warna kelabu dan bukan lagi hijau, menyebabkan pengguna menekan tanpa henti hanya untuk diberitahu slot tempahan telah penuh.

“Ada beberapa perkara lagi tidak sepatutnya berlaku, seperti pengguna tidak dimaklumkan permohonan berjaya diterima atau tidak dan sebagainya,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.