28 MEI: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan mengeluarkan sebarang grafik senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 – 14 Jun 2021.
Perkara itu dikongsikan MITI menerusi Twitter rasminya mengesahkan grafik-grafik tersebut yang dikeluarkan adalah palsu
“Senarai ini akan diumumkan @MKNJPM dan bukan MITI. Makluman lanjut bagi sektor perkilangan akan dikongsikan MITI.
“Namun soalan bagi sektor-sektor selain ini mohon diajukan kepada Kementerian-kementerian yang berkaitan. Direktori Kementerian mengikut sektor boleh diakses di direktori ini https://t.co/KXA4TuNv6Q @JPenerangan,” katanya.