nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khairuddin buat laporan polis berhubung isu tanah LGM

28 MEI: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini membuat laporan polis bagi menafikan fitnah dan laporan liar yang mengaitkan namanya dengan skandal penjualan dan pajakan dua lot tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Ampang, Kuala Lumpur yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berikutan itu Khairuddin hari ini membuat laporan polis menerusi Setiausaha Politiknya, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan Setiausaha Akhbar, Muhammad Faudzi Jalil Al-Ahmadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

Kamal berkata, fitnah yang tersebar di laman sosial semalam adalah usaha berniat jahat yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk merosakkan dan mencalarkan imej menteri.

Berikutan itu beliau mendesak siasatan penuh terhadap penyebaran salinan surat bertaraf “rahsia” atau dokumen yang diklasifikasikan rahsia kerajaan yang dibimbangi boleh menjejaskan kerahsiaan dokumen Kerajaan lainnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya memohon pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat dan bertindak mengikut undang-undang bertujuan menghapuskan amalan fitnah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait dengan tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan penglibatan Khairuddin.

Dalam pendedahan itu, Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga RM0.70 satu kaki berbanding harga pasaran RM2.50 untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10 peratus setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 satu kaki sedangkan harga pasaran adalah sekitar RM1,400 satu kaki.

Berikutan itu, LGM hari ini tampil menafikan bahawa dua lot tanah miliknya di Ampang, sudah dijual atau dipajakan kepada dua syarikat swasta atas arahan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tanpa melalui proses tender terbuka.

Menurut, kenyataannya LGM memandang berat kenyataan tidak benar dan kesalahan fakta yang tular di media sosial berkaitan isu penjualan serta pajakan hartanah milik LGM.

“Pihak LGM mengesahkan bahawa belum ada sebarang urusan penjualan, pajakan atau urus niaga berkaitan dua lot tanah milik LGM iaitu Lot 20012 dan Lot 20013 (masing-masing nombor lama dikenali sebagai Lot 75 dan Lot 76) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Semua penjualan atau pajakan tanah milik LGM perlu mendapat perakuan lembaga ini terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali untuk kelulusan,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Bagaimanapun, LGM mengakui pihaknya ada menerima  menerima permohonan daripada beberapa syarikat bagi membeli Lot 20012.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.