29 MEI: Berpunca hanya kerana perselisihan faham, dua keluarga akhirnya terbabit dalam pergaduan bersenjata di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di sini, baru-baru ini.
Pergaduhan itu kini tular di media sosial selepas seorang saksi di tempat kejadian dipercayai penduduk tempatan, merakamnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid, berkata polis menerima laporan orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan sekumpulan penduduk pada jam 6.45 petang, Rabu lalu.
“Siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku antara dua buah keluarga berpunca daripada masalah peribadi.
“Kejadian terbabit dirakam seseorang yang tidak dikenali dan tular dalam media sosial.
“Berdasarkan risikan dan maklumat, pihak polis mengesan 10 suspek berusia antara 12 hingga 45 tahun terbabit dalam pergaduhan itu, malah kesemua suspek sudah diambil tindakan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Rupiah berkata, kompaun juga dikeluarkan terhadap semua suspek di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.
“Pergaduhan berlaku pula sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata,” katanya.
Beliau berkata, polis menanggap kes berkenaan sudah selesai dengan tertangkapnya semua suspek.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PKP dan sebarang kejadian perlu dilaporkan ke balai berhampiran atau berhubung ke pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-556312222.
Kes pergaduhan membabitkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai bergaduh dengan sebuah keluarga di PPR terbabit itu tular.