nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan hantar jemaah haji diumum dalam masa terdekat

29 MEI: Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah untuk menunai haji atau tidak pada tahun ini bakal diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet, dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata tindakan itu perlu berikutan difahamkan sudah ada beberapa negara yang telah memutuskan untuk tidak menghantar jemaah menunaikan haji pada tahun ini.

“Apa pun kita tunggulah keputusan Kabinet kerana masa yang ada sudah semakin suntuk.

“Memang secara dasarnya negara kita dibenarkan untuk mengerjakan haji dalam jumlah tertentu namun angka atau kuotanya masih lagi kabur,” katanya selepas menghadiri penyerahan barangan keperluan makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (​YaPEIM) Kelantan kepada penduduk Kampung Pauh Lima, Bachok, Kelantan hari ini.

Ahmad Marzuk berkata, berdasarkan maklumat, kerajaan Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah haji tahun ini iaitu 45,000 jemaah dari seluruh dunia dan 15,000 jemaah dari negara itu sendiri.

“Malaysia juga mendapat ruang tertentu tetapi kita belum mendapatkan lagi keputusan jelas (jumlah sebenar kuota jemaah) daripada kerajaan Arab Saudi. Kita jangkakan dalam masa terdekat ini jumlah itu bakal diperoleh,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai vaksin jenis Sinovac yang tidak diterima pakai oleh Arab Saudi, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Palimen Pengkalan Chepa berkata, kerajaan akur sekiranya peraturan itu ditetapkan negara itu.

“Soal itu sebenarnya tidak berbangkit kerana sudah ramai rakyat negara ini yang mengambil vaksin Pfizer-BioNtech dan vaksin jenis itu diiktiraf oleh Arab Saudi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.