30 MEI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas kira-kira 640 kilogram (kg) ikan delah dan 80kg todak bernilai RM8,000 yang dibawa masuk dari Indonesia tanpa Permit Import di Pelabuhan Pasir Gudang, kelmarin.
Pengarah MAQIS Johor, Hizzuan Hasim, berkata rampasan itu hasil pemeriksaan rutin Pegawai Penguasa MAQIS pada sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis ikan basah di Dermaga 7 pelabuhan itu, kira-kira jam 3.50 petang.
“Pemeriksan lanjut yang dijalankan, menemukan ikan delah dengan berat kira-kira 640kg dan todak seberat 80kg yang dianggarkan bernilai RM8,520 dibawa masuk tanpa Permit Import.
“Semua konsainan itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hizzuan berkata, jika disabitkan kesalahan ia boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.
Katanya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda maksimum RM150,000 atau dipenjarakan maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya.
https://0182e6f4d06e761ea4c184abf3ca7b40.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html “MAQIS menasihati supaya semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan supaya kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia,” katanya.