nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Operasi perniagaan di Sabah dari 7 pagi hingga 7 malam

31 MEI: Kerajaan Sabah menetapkan semua aktiviti perniagaan berkaitan makanan dan barang keperluan asas serta pengilangan terpilih, dibenarkan beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama dua minggu, bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata aktiviti perniagaan berkaitan makanan dan barang keperluan asas itu merangkumi restoran termasuk di hotel, kafe, kedai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan dan beredar, medan selera serta pusat penjaja yang kesemuanya untuk makanan berbungkus sahaja.

Katanya, aktiviti lain adalah kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya mini, pasar raya, farmasi dan institusi kewangan, termasuk bank dan insurans serta takaful.

“Selain itu, kedai dobi, kedai cermin mata dan optik, pusat cuci kenderaan, kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan, kedai perkakasan, bengkel kenderaan, e-dagang, kedai kredit atau pajak gadai, pemborongan dan pengedaran serta kedai barangan keagamaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Masidi berkata, bagi aktiviti berkaitan pengilangan, sebanyak 13 aktiviti dibenarkan, iaitu aeroangkasa (komponen dan penyelenggaraan); makanan, minuman dan rantaiannya; pembungkusan dan percetakan; pengeluaran barang penjagaan diri dan bahan pencuci; penjagaan kesihatan dan perubatan; peralatan perlindungan diri (PPE), termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran.

”Selebihnya adalah komponen peranti perubatan, elektrikal dan elektronik, minyak dan gas (termasuk petrokimia dan produknya), mesin dan peralatan berkaitan makanan dan kesihatan, tekstil untuk pengeluaran PPE, pengeluaran, penyulingan, pembekalan dan pengagihan bahan api serta pelincir dan pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi serta rantaiannya dengan kapasiti 60 peratus,”.

Beliau berkata, hanya hospital dan klinik kerajaan serta swasta dibenar beroperasi 24 jam, manakala stesen minyak dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam, pasar borong (12.01 pagi sehingga 6 pagi) dan pasar awam (6 pagi sehingga 3 petang).

Jelasnya, pasar tamu, pasar malam, pasar minggu dan pasar tani tidak dibenarkan beroperasi, manakala pusat beli belah hanya dibuka untuk perniagaan pasar raya besar, farmasi, kedai runcit serta serbaneka dan restoran bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam.
Sementara itu, Masidi berkata, kerajaan Sabah turut membenarkan masjid dan surau dibuka untuk solat berjemaah lima waktu serta solat hajat yang dihadkan kepada 12 ahli jawatankuasa masjid dan surau sahaja, manakala solat jenazah juga dibenarkan dengan kehadiran 12 orang.

“Hanya solat Jumaat, kuliah agama, majlis ilmu, akad nikah dan majlis kenduri tidak dibenarkan diadakan di masjid serta surau.

“Rumah ibadat lain juga dibenarkan dibuka, tetapi terhad kepada 12 ahli jawatankuasa rumah ibadat masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Masidi berkata, kerajaan Sabah membenarkan akad nikah diadakan di pejabat agama dengan kehadiran lapan orang, manakala bagi perkahwinan orang bukan Islam dibenarkan diadakan di rumah ibadat sahaja dengan kehadiran 12 orang, selain pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tertakluk kepada ketetapan jabatan itu.

“Bagi aktiviti sukan dan rekreasi, hanya joging dan senaman individu di kawasan kejiranan dibenarkan, manakala aktiviti pembinaan hanya untuk kerja penyelenggaraan serta pembinaan kritikal dan infrastruktur utama, bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam.

“Pengangkutan awam, termasuk bot dari pulau ke tanah besar hanya dibenarkan dalam daerah sama dengan kapasiti 50 peratus, manakala perkhidmatan bas ekspres dan kereta api yang merentas daerah tidak dibenarkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.