nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tambah peruntukan RM1 bilion tingkat kesihatan awam

31 MEI: Kerajaan hari ini mengumumkan pakej bantuan bernilai RM40 bilion menerusi Program PEMERKASA Plus termasuk suntikan fiskal langsung berjumlah RM5 bilion bagi membantu golongan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mulai esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan Program PEMERKASA Plus ini mempunyai tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat, dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Berikutan itu Muhyiddin berkata kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam.

Beliau berkata pertambahan peruntukan ini adalah komitmen Kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan dengan melaksanakan pelbagai langkah.

MUHYIDDIN

“Langkah pertama: memperuntukkan 450 juta ringgit bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di hospital seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam seperti di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta melalui hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta. Jumlah ini termasuk RM200 juta yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan pada 22 Mei baru-baru ini,” katanya dalam perutusan khas disiarkan secara langsung menerusi RTM1 di sini, sebentar tadi

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan juga akan memperuntukkan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak.

Katanya ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) di MAEPS Serdang, Selangor dan di peringkat negeri.

“Langkah ketiga adalah dengan melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau juga telah mengarahkan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK.

“Saya dimaklumkan, pemberian dos pada bulan Mei telahpun mencapai purata 80,000 dos sehari. Insha-Allah, menjelang akhir Jun nanti, kita mampu mencapai sasaran 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat-pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan.

“Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember 2021 dengan negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang Oktober.

“Saya merayu, supaya rakyat yang telah mendapat tempahan vaksin untuk hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau juga mendengar keluhan rakyat, terutamanya warga emas dan mereka yang tinggal jauh yang mengalami kesukaran untuk hadir ke PPV.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan supaya aset-aset Kerajaan seperti bas, van dan kenderaan pool digerakkan bagi tujuan ini. Saya amat mengalu-alukan kerjasama pihak swasta, NGO dan pertubuhan masyarakat awam untuk turut menggiatkan usaha ini,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.