nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD di beberapa lokaliti di 4 negeri, pelanjutan di 28 mukim

31 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 11 Rumah Panjang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Stalon, Stalon, Tanjung Manis, Sarawak selama 14 hari, bermula lusa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan itu dikenakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang mendadak dalam masa satu minggu di lokaliti terbabit dengan 21 kes positif direkodkan daripada 97 ujian saringan dijalankan dengan kadar positiviti 21.6 peratus.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di 11 Rumah Panjang dan SK Stalon, Stalon, Daerah Tanjung Manis, Sarawak berkuat kuasa 2 Jun sehingga 15 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan saringan ke atas penduduk dan menyekat pergerakan keluar masuk, sekaligus mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke luar lokaliti terbabit,” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD, hari ini.

ISMAIL SABRI

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Kampung Pagi, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang selama dua minggu, bermula lusa.

“KKM mengesahkan peningkatan kes positif ketara dalam tempoh seminggu yang menyaksikan sebanyak 10 kes positif direkodkan daripada 76 ujian saringan dijalankan dengan kadar positiviti 13.2 peratus.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Pagi, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang berkuat kuasa 2 Jun sehingga 15 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memastikan semua penduduk di lokaliti ini yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar serta memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes-kes disyaki COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan melakukan saringan bagi kontak rapat,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD dilaksanaka di Felda Trolak Utara, Mukim Sungkai, Daerah Batang Padang, Perak selama 14 hari, bermula lusa.

“Sebanyak 123 ujian saringan dijalankan di lokaliti terbabit dan daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes positif direkodkan, manakala 46 sampel saringan masih menunggu keputusan, malah KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes ketara di situ dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Felda Trolak Utara, Mukim Sungkai, Daerah Batang Padang, Perak berkuat kuasa 2 Jun sehingga 15 Jun 2021.

“PKPD ini bagi mengawal pergerakan penduduk di lokaliti terbabit dan memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes positif, sekaligus memutuskan rangkaian jangkitan di kawasan berkenaan daripada menular ke kawasan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD dikenakan di Kampung Kuala Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah selama dua minggu, bermula lusa.

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 102 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 10 kes positif direkodkan dengan kadar positiviti adalah 9.80 peratus.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Kuala Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah berkuat kuasa 2 Jun sehingga 15 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memastikan semua penduduk di lokaliti terbabit yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan berkenaan dan tidak menjangkiti komuniti di luar serta memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes-kes disyaki COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan melakukan saringan bagi kontak rapat,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, PKPD dilaksanakan Jalan Klias 2 dan Jalan Klias 3, Kampung Klias Baru, Beaufort, Sabah selama 14 hari, bermula lusa.

“Sebanyak 20 kes positif COVID-19 dikesan daripada 280 ujian saringan dijalankan KKM ke atas penduduk di lokaliti terbabit.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Jalan Klias 2 dan Jalan Klias 3, Kampung Klias Baru, Beaufort, Sabah, berkuat kuasa 2 Jun sehingga 15 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes-kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan saringan bagi kontak rapat, seterusnya menyekat pergerakan & penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di 28 Mukim di Kota Setar, Kedah yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 15 Jun ini.

Katanya, arahan itu dikenakan apabila dalam tempoh terbabit, Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan 5,631 ujian saringan dan 1,367 daripadanya disahkan positif.

Sehingga kini, jelasnya, KKM mengesahkan masih terdapat penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD itu dan jangkitan baharu yang direkodkan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD 28 Mukim di Kota Setar, Kedah sehingga 15 Jun 2021,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.