nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belia perlu terus berinovasi, jadi pencetus idea terkini -PM

1 JUN: Sebanyak 60 peratus daripada jumlah kutipan kerajaan pada tahun lepas adalah melalui kaedah pembayaran secara elektronik atau e-payment. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia hasil penerapan aspek digitalisasi dalam pelbagai urusan kerajaan, dengan sasaran pembayaran tanpa tunai bagi semua perkhidmatan menjelang 2022.

Menurut beliau, para belia di negara ini amat bertuah kerana dapat memanfaatkan aplikasi digital bagi menambah ilmu pengetahuan, berkomunikasi dengan satu sama lain, serta mencari peluang pekerjaan dan perniagaan. 

“Kerajaan sentiasa menggalakkan belia untuk terus meneroka inovasi dan menjadi pencetus idea seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

“Kerajaan sentiasa menyokong rakyat dan perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengendalikan perniagaan dalam era digitalisasi, yang mana transaksi pembayaran dibuat secara online atau cashless,” katanya pada pelancaran secara maya Program eBelia di Facebook Kementerian Belia dan Sukan, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, belia merupakan penggerak utama agenda pendigitalan negara yang sangat penting dalam memacu dan menjayakan usaha tersebut. 

Jelasnya, Program eBelia telah ditambah baik melalui program PEMERKASA, di mana nilai kredit telah ditingkatkan dari RM100 ke RM150 bagi setiap penerima yang akan dipadankan oleh penyedia e-dompet melalui pelbagai inisiatif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback) dan reward points.

“Dengan peruntukan sejumlah 300 juta Ringgit, program ini dijangka akan memanfaatkan dua juta rakyat Malaysia yang berumur 18 ke 20 tahun, serta pelajar IPT sepenuh masa. Program ini juga dijangka akan mendorong perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) untuk mula menerima kaedah pembayaran tanpa tunai.

“Saya berharap, melalui program ini, para belia akan mengambil peluang ini untuk menyokong para usahawan tempatan yang kebanyakannya dalam kalangan saudara-saudari sendiri. Ambillah peluang ini untuk memberi sokongan kepada usahawan tempatan. 

” Sebagai warga digital, saya percaya saudara-saudari boleh mempelopori kaedah cashless payment, sekali gus mendorong para peniaga lain untuk menggunakan kaedah pembayaran seperti ini,” katanya. 

Sementara itu, Muhyiddin menyatakan laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan, transaksi e-wallet pada 2020 meningkat sebanyak 131 peratus kepada 600 juta.

Perdana Menteri memberitahu lebih banyak peniaga mendaftar untuk menerima pembayaran melalui Kod QR, dengan bilangan pendaftaran meningkat lebih dua kali ganda pada akhir tahun lalu.

“Bagi belia yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan, suka saya berkongsi bahawa Kerajaan telah menyediakan pelbagai peruntukan dana, termasuk yang berfokus kepada mendorong peniaga-peniaga menerapkan elemen digital di dalam operasi perniagaan masing-masing. 

“Contohnya, Dana Automasi & Digital (Automation & Digitalisation Fund) yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat bagi menjayakan program eBelia. 

“Saya harap usahasama pihak awam dan swasta seperti ini dapat diteruskan dan diperkembangkan. Kerajaan sentiasa komited menyokong usaha sebegini, seperti program Jaringan Prihatin yang telah dilancarkan baru-baru ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.