nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat dinasihatkan patuh SOP PKP penuh

1 JUN: Orang ramai akan mula berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, bermula hari ini yang dilaksanakan kerajaan selama 14 hari di seluruh negara.

Justeru mereka dinasihatkan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan dikompaun.

Arahan SOP itu, termasuk membeli barangan keperluan dalam jarak pergerakan tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman atau individu akan diarahkan berpatah balik.

Kapasiti individu di dalam kenderaan persendirian juga terhad kepada dua orang isi rumah, termasuk pemandu manakala bagi tujuan perubatan maksimum tiga orang, termasuk pesakit.

Larangan merentas negeri dan daerah dikuatkuasakan sebelum ini kekal, malah terpakai bagi pasangan jarak jauh (PJJ), kecuali membabitkan kes kecemasan, seperti kematian serta ahli keluarga sakit, nazak dan berkaitan yang dibenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang tempoh SOP itu, semua aktiviti sosial adalah dilarang dan bagi sektor ekonomi, hanya sebahagian kecil sahaja dibenarkan beroperasi.

Dalam tempoh itu, 80 peratus penjawat awam dan 60 peratus petugas sektor swasta diarahkan bekerja dari rumah (BDR).

Manakala, bagi surat kebenaran bekerja bagi sektor berkaitan, sebuah pusat sehenti diselaraskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diwujudkan bagi mengeluarkan surat itu.

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu khuatir kerana restoran, gerai dan outlet makanan, dobi (termasuk layan diri), kedai penjagaan dan makanan haiwan, kedai cermin mata dan barang optik, kedai hardware (barangan logam), bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti dibenarkan beroperasi.

Malah, perniagaan e-dagang (semua kategori produk) serta pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja) boleh dijalankan mengikut masa ditetapkan.

Pergerakan individu mempunyai urusan vaksin COVID-19 pula tidak memerlukan kebenaran polis, sebaliknya hanya perlu menunjukkan maklumat janji temu dalam aplikasi MySejahtera.

Jadi, orang ramai diminta menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dengan duduk di rumah dan jika terpaksa keluar atas urusan benar-benar penting, mereka perlu mematuhi SOP ditetapkan.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan SOP penuh bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini, bagi usaha membendung penularan jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Semalam, Malaysia mencatatkan kes baharu COVID-19 sebanyak 6,824 kes, sekali gus menyaksikan jumlah kes keseluruhannya sejak pandemik itu melanda negara lebih setahun lalu adalah 572,357, manakala kes kematian adalah 67 orang dengan 2,796, setakat ini. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.