Russia wujudkan unit baharu tentera, dakwa ancaman NATO meningkat
1 JUN : Russia membayangkan angkatan tenteranya akan mewujudkan satu unit baharu sebagai langkah susulan meningkatkan langkah keselamatan di negara tersebut.
Tindakan mewujudkan unit baharu di barat negara itu menurut Russia ekoran ancaman daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kini semakin meningkat
Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu berkata, terdapat peningkatan jumlah penerbangan oleh pengebom strategik Amerika Syarikat (AS) berhampiran sempadan Rusia sejak akhir ini dan negara tersebut memandang serius perkembangan itu.