1 JUN : Stadium Ragbi Twickenham dijadikan pusat vaksinasi terbesar di England dalam usaha kerajaan negara itu meningkatkan bilangan rakyatnya menerima suntikan vaksin.
Pusat vaksinasi di stadium berkenaan mensasarkan untuk memberi suntikan kepada 15,000 individu sehari dalam usaha untuk mengawal jangkitan varian India yang mendominasi kes baharu di UK.
Pembukaan pusat vaksinasi terbesar itu adalah sebagai tindak balas terhadap lonjakan kes varian baharu yang berlaku di Hounslow, London Barat.
UK sejak Disember menvaksinasi hampir 58 peratus populasinya dengan dos pertama manakala 35 peratus mendapat dos kedua.
Bagaimanapun, negara itu mengalami kenaikan sederhana dalam kes baharu akibat varian India yang lebih pantas menular.