nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

B40, M40, T20 layak mohon moratorium-Tengku Zafrul

3 JUN: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan golongan M40 dan T20 yang kehilangan pendapatan dalam tempoh COVID-19, layak memohon moratorium.

Katanya, kelulusan kepada permohonan golongan di bawah kedua-dua kategori itu akan diberikan secara automatik.

“Saya melihat banyak pertanyaan sama ada golongan M40 juga layak menerima bantuan moratorium. ⠀

“Jawapan ringkasnya, ya. Jika anda kehilangan pekerjaan, tidak kira anda M40 atau T20, anda layak untuk memohon moratorium di mana kelulusan adalah secara automatik. ⠀

“Jika anda menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira anda M40 atau T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab antara soalan popular dikemukakan pengikut di Telegram dan Facebook rasminya menerusi ruangan ‘Nak Tanya Mengenai PEMERKASA +, Tanyalah Tengku Zafrul’.

Ruangan itu disediakan Tengku Zafrul mulai petang semalam sehingga 8 pagi ini, bagi memberi peluang kepada pengikutnya di dua laman sosial itu mengemukakan pelbagai persoalan mengenai inisiatif di bawah pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Tengku Zafrul berkata, beliau akan meluangkan masa minggu ini untuk menjawab soalan dikemukakan berhubung topik terbabit menerusi FB Live.

Sehingga kini, ruangan itu di Facebook menerima lebih 9,000 tanda suka, 2,700 komen dan 915 perkongsian.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, bantuan bank adalah dijamin kepada peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik terbabit.

Jelasnya, golongan peminjam seperti individu kehilangan pekerjaan bagi kategori B40, M40 dan T20, penerima BSH atau BPR (golongan B40), perniagaan mikro dan derhana (PKS) dalam sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, turut boleh memilih mendapatkan moratorium automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan secara automatik.

“Bagi peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20), boleh mendapat pengurangan bayaran balik ansuran bersesuaian, selaras dengan pendapatan berkurang dan pendekatan ini membolehkan mereka membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. ⠀

“Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman bersesuaian daripada bank. Kelulusan adalah secara automatik,” katanya.

Fakta tepat berhubung perkara itu, katanya, boleh dirujuk menerusi sumber rasmi pengawal selia sektor perbaikan di Malaysia di pautan https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html dan https://www.facebook.com/83552599871/posts/10159341710829872/?. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.