nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Baja MPOB F3 tingkat pengeluaran sawit

4 JUN: Sekumpulan penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya menghasilkan inovasi formulasi baja mengandungi nutrien seimbang sekali gus meningkatkan pengeluaran buah sawit.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, inovasi baja sebatian yang dikenali MPOB F3, adalah dalam bentuk butiran padat dan diformulasi dengan nisbah seimbang nitrogen, fosfat, kalium, magnesium dan borate yang dirumus khas untuk pokok sawit ditanam di tanah mineral.

Katanya, formulasi baja MPOB F3 yang mengandungi nutrien seimbang juga sesuai untuk kelapa sawit ditanam di pelbagai jenis tanah.

AHMAD PARVEEZ

“Pokok sawit perlu pembajaan yang sempurna termasuk kandungan nutrien seimbang untuk pengeluaran hasil yang tinggi.

“Walaupun keperluan nutrien adalah khusus mengikut keadaan setempat, penggunaan nisbah nutrien yang seimbang dalam baja sebatian akan memberikan input nutrien yang bersesuaian pada lokasi yang berbeza.

 “Penggunaan baja secara sistematik akan meningkatkan pengeluaran buah tandan sawit dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi pengusaha ladang dan pekebun kecil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Parveez memberitahu, penggunaan baja MPOB F3 dapat menjimatkan kos kerana berupaya mengurangkan kehilangan nutrien dan meningkatkan keupayaan pengambilan nutrien oleh akar pokok.

Jelasnya, pengenalan formulasi baja seimbang itu dapat mengurangkan kesan negatif persekitaran yang berkaitan dengan kadar penggunaan baja yang berlebihan, penurunan kualiti tanah dan pencemaran daripada logam berat.

Penyelidikan formulasi baja seimbang bermula sejak tahun 1990 dan pemilihan bahan mentah sebagai sumber baja untuk formulasi adalah berdasarkan keberkesanan kos, konsistensi kandungan nutrien, sesuai untuk pengadunan dan penyebatian, katanya.

Tambah beliau, rumusannya merangkumi perapi atau zeolite untuk meningkatkan pemulihan nutrien oleh tanaman sawit.

“MPOB telah menandatangani perjanjian dengan FGV Fertiliser Sdn Bhd bagi pengkomersialan baja MPOB F3,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.