4 JUN: Seramai 594 doktor meninggal dunia di India pada gelombang kedua pandemik COVID-19 melanda negara itu.
Hindustan Times melaporkan kelmarin kebanyakan doktor meninggal dunia di ibu negara yang banyak kes COVID-19.
Wilayah lain yang catat kematian tertinggi ialah Bihar, Uttar Pradesh, Rajasthan, dan Jharkhand.
CNN, semalam melaporkan, India mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi di dunia setiap hari.
Keadaan itu menyebabkan menyukarkan petugas-petugas kesihatan merawat mereka. Lebih teruk, angka kematian akibat COVID-19 juga sangat tinggi di India.
Dalam pada itu, data dikongsikan oleh Persatuan Perubatan India (IMA) menunjukkan seramai 107 doktor meninggal dunia di New Delhi, semasa gelombang kedua.
Ini diikuti 96 kematian di Bihar, Uttar Pradesh (6), Rajasthan (43) dan Jharkhand (39).
IMA sebagai pertubuhan doktor sukarela di India memaklumkan mungkin jumlah kematian sebenarnya melebihi statistik itu.
Ini memandangkan persatuan hanya mempunyai rekod 350,000 daripada 1.2 juta doktor di seluruh India.