4 JUN: Bank Negara Malaysia (BNM), mendedahkan kes membabitkan penipuan kewangan meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.
Menerusi ciapan di Twitter, BNM memaklumkan penipuan membabitkan pembelian dan penjualan produk atau perkhidmatan secara dalam talian serta transaksi elektronik (e-dagang) mencatatkan kes tertinggi.
Pinjaman tidak wujud dicatatkan sebagai penipuan kedua tertinggi, diikuti ‘Macau Scam’, ‘Love Scam’ dan penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Justeru, BNM menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada dan mendapatkan maklumat mengenai penipuan terbaharu di Amaran Scam.
“Sekiranya ragu-ragu, hubungi Pusat Maklumbalas Penipuan CCID melalui talian 03-26101559 atau 03-26101599 atau BNM TELELINK menerusi bnm.my/LINK,” ciapnya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN