5 JUN: China meluluskan penggunaan vaksin kepada kanak-kanak seawal tiga tahun selepas negara itu membenarkan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19, Sinovac Biotech Ltd.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Sinovac Biotech Ltd, Yin Weidong yang disiarkan di televisyen tempatan negara itu.
Tindakan itu menjadikan China negara pertama meluluskan vaksin kepada kanak-akan seawal tiga tahun.
Ia dibuat selepas pelbagai laporan timbul mengenai risiko kanak-kanak dan penyakit boleh menjangkiti seperti golongan dewasa.
Singapura, Hong Kong dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) hanya membenarkan penggunaan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak 12 tahun dan ke atas.
Menurut Weidong, pemberian vaksin Sinovac kepada golongan muda itu akan bergantung kepada pihak kesihatan yang merangka strategi inokulasi China.
Jelas Weidong, golongan kanak-kanak di bawah umur mempunyai keutamaan lebih rendah untuk vaksinasi terhadap COVID-19 berbanding golongan dewasa yang berdepan risiko gejala lebih serius selepas jangkitan.
Hasil ujian klinikal tahap I dan II menunjukkan vaksin boleh mencetuskan tindak baas imun pada individu berusia tiga hingga 17 tahun.
Tambahnya, kebanyakan kes reaksi buruk adalah sangat ringan.
Setakat 3 Jun lalu, sebanyak 723.5 juta dos vaksin telah diberikan di bawah program vaksinasi COVID-19 China.