nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tetap jalankan operasi banteras PATI

6 JUN: Kerajaan akan melakukan operasi penahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara besar-besaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ini walaupun dibantah pihak tertentu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan perlu meneruskan operasi besar-besaran ke atas PATI kerana ia membabitkan soal keselamatan dan hak kedaulatan negara.

“Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak berhak mempersoalkan tindakan tersebut dan kerajaan juga tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mereka.

“UNHCR memohon untuk mendapatkan akses kepada sistem pangkalan data Jabatan Imigresen (JIM) bagi memeriksa status PATI di depoh, namun ia bertentangan dengan undang-undang negara.

HAMZAH

“Saya pun tidak tahu niat sebenar UNHCR mahu mendapatkan akses kepada sistem JIM dan mengadakan lawatan depoh tahanan imigresen di seluruh negara,” katanya pada sidang maya hari ini.

Menurut Hamzah, UNHCR seharusnya tahu dan faham bahawa warga asing yang ditahan pihak berkuasa adalah mereka yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen termasuk golongan PATI, tinggal lebih masa dan sebagainya.

“Jadi kenapa pula kita kena bagi akses kepada UNHCR untuk kenal pasti….oh ini orang dia kita tidak boleh tangkap. Kalau individu berkenaan memiliki kad UNHCR kita akan lepaskan mereka. Kita tidak pernah lakukan apa-apa perkara atau menzalami sesiapa dalam negara kita.

“Pelarian UNHCR sepatutnya berada di Malaysia untuk tempoh sementara (sebelum dihantar ke negara ketiga) namun ada dalam kalangan mereka sudah menetap di Malaysia berpuluh tahun melebihi 30 tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata beliau tidak menyalahkan UNHCR, namun mereka perlu sedar bahawa sehingga kini terdapat lebih 120,000 warga asing yang menetap di Malaysia menggunakan kad pelarian dikeluarkan pertubuhan antarabangsa terbabit.

Berikutan itu Hamzah berkata beliau berpendirian dokumen pengenalan identifikasi pelarian yang berada di Malaysia seharusnya dikeluarkan oleh kerajaan negara ini.

“Cuba kita fikir bukankah kad yang patut ada dalam negara kita adalah kad yang dikeluarkan oleh kita? “Kita dah ada ID (pengenalan diri), kita berikan kepada mereka yang duduk dalam negara kita ini.

“Kalau dia PR (berstatus penduduk tetap) kita beri lain, kalau dia ada pasport dan bekerja dalam negara kita, kita beri permit, kita beri kad pekerja. Ini tiba-tiba ada orang yang berikan kad lebih atas daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Justeru itu, Hamzah berkata beliau akan duduk semeja dengan Kementerian Luar dan UNHCR bagi menyelesaikan masalah pelarian yang berlarutan sejak sekian lama di Malaysia.

Pada masa sama, Hamzah berkata JIM akan terus melaksanakan operasi besar-besaran menahan PATI bagi mengekang kadar penularan kes COVID-19 dalam komuniti di negara ini biarpun ia mendapat bantahan aktivis masyarakat dan UNHCR.

Terdahulu, Hamzah mengesahkan lebih 7,400 PATI ditahan di seluruh negara sejak Januari lalu kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen sah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.