7 JUN: Seramai 1,214 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam yang menyaksikannya jumlah tertinggi sejak beberapa bulan lalu.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 1,107 individu dikompaun, manakala 107 direman.
Katanya, kesalahan tertinggi direkodkan adalah tiada penjarakan fizikal, iaitu sebanyak 267.
“Tidak memakai pelitup muka (224), diikuti gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (158) dan tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (134).
“Membawa penumpang berlebihan (103), aktiviti pusat hiburan (24) dan lain-lain kesalahan (304),” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD, hari ini. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN