nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada aduan minyak masak botol berharga RM40 – Rosol

7 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan siasatan teliti terhadap dakwaan harga minyak masak botol berharga RM40 untuk 5 kilogram (kg) sepertimana tular di media sosial.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna, namun pemantauan pihaknya mendapati harga minyak masak botol 5kg di pasar raya masih di bawah RM40.

Justeru, beliau menyeru orang ramai melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah terhadap minyak masak dalam botol.

“Setakat ini tiada satu formula untuk kita selaraskan harganya namun kalau kita nampak harganya naik mendadak kita akan lakukan siasatan kerana harga tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati sehingga membebankan pengguna.

ROSOL

“Jika merasakan was-was dengan harganya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan aduan berkaitan perkara tersebut melalui portal eaduan.kpdnhep.gov.my atau di talian 1-800-886-800 atau Whatsapp ke 019-2794317.

“Aduan boleh juga dibuat dengan talian 03-88826088 di Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) supaya siasatan teliti dan jika bersalah, tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan harga minyak dalam botol yang mencecah harga sehingga RM40 yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Rosol memaklumkan harga minyak botol tidak boleh dikawal kerana tidak diberikan subsidi dan akan dijual mengikut harga pasaran berdasarkan mekanisme pengapungan harga.

“Harga tersebut tidak terkawal kerana harga minyak masak bergantung pada harga Komoditi di mana harga sawit sekarang mencecah RM1, 000 setan. Seharusnya rakyat memuji kerajaan kerana berjaya menaikkan harga sawit.

“Peneroka Felda, mereka yang tanam sawit sekarang ini tiada masalah kerana harga sawit yang tinggi. Wajar dan munasabah situasi perubahan harga minyak mentah dunia ini memberi kesan kepada perubahan harga runcit minyak masak botol yang dijual di pasaran.

“Namun rakyat masih ada pilihan untuk minyak masak bersubsidi di mana minyak masak yang dibungkus secara 1kg masih tetap berharga RM2.50 yang dijual di seluruh Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat tempat yang sukar untuk mendapatkan minyak bersubsidi, Rosol menegaskan orang ramai juga perlu melaporkan perkara ini kepada pihaknya agar perkara tersebut dapat dipantau oleh KPDNHEP.

Sementara itu, hasil tinjauan wartawan PN BBC Portal di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang mendapati harga minyak masak di dalam botol 5kg berada dalam lingkungan harga RM30 sehingga RM35.

Minyak masak bersubsidi juga masih banyak dijual di pasar-pasar raya mahupun kedai-kedai runcit dan tidak benar dakwaan mengatakan minyak masak disorok atau berlakunya pembelian panik. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.