nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan terpengaruh cerita karut antivaksin – Sultan Johor

8 JUN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin yang dipelopori pihak tertentu.

Baginda bertitah, rakyat perlu memahami bahawa tujuan pengambilan vaksin adalah bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus mengancam kesihatan orang ramai.

“Islam mengajar kita supaya sentiasa memelihara keselamatan diri menerusi segala langkah pencegahan daripada apa juga kemudaratan, khususnya wabak penyakit.

“Kaedah dalam menentukan hukum-hakam, ada menegaskan bahawa membanteras keburukan adalah lebih utama daripada membawa sesuatu kebaikan, malah mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya, justeru janganlah kita mendengar cerita karut yang disebarkan puak antivaksin ini.

“Dapatkan vaksin demi keselamatan diri dan imuniti kelompok supaya penularan COVID-19 dapat dicegah,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, rakyat perlu menghayati firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud: ‘jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan’.

Titahnya, mereka yang menolak vaksin COVID-19 disediakan kerajaan dan difatwakan halal Jawatankuasa Halal tanpa sebab munasabah, seolah-olah merelakan diri dijangkiti virus yang amat berbahaya itu.

Islam juga, titahnya, tidak membenarkan umatnya berserah bulat-bulat kepada takdir yang akan menimpa tanpa sebarang usaha dan ikhtiar bagi mengelakkannya.

“Bagi mereka yang sudah menerima suntikan vaksin, janganlah leka akan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) pula,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Ibrahim mengingatkan segelintir pihak supaya tidak mempolitikkan isu vaksin.

“Isu vaksin ini tidak seharusnya dipolitikkan, sebaliknya kerajaan sedang dan terus berusaha serta mengambil pelbagai pendekatan berkesan bagi meningkatkan pendaftaran rakyat untuk mendapatkan vaksin,” titah baginda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.