nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Munasabah Minyak Masak Naik Harga – Mohd Khairuddin

8 JUN: Harga minyak masak bagi botol lima kilogram (kg) di pasaran sekitar RM30 adalah munasabah memandangkan kenaikan harga minyak sawit bertapis yang tinggi pada masa ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan menyebabkan kenaikan harga minyak sawit bertapis lebih tinggi kepada sekitar RM5,000 satu tan.

“Ini menyebabkan purata kos harga minyak masak di kilang berada pada kadar RM4.50 hingga RM5 sekilogram. Jika lima kilogram sekitar RM25. Belum dikira kos pembungkusan dan lain-lain. Dengan rantaian bekalan menerusi pemborong dan peruncit, sangat munasabah harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol 5kg.

“Minyak masak sawit berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun sebagai menteri yang menjaga sawit, saya terpanggil untuk menjelaskan isu kenaikan harga MSM yang memberi kesan kepada harga minyak masak,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini. 

MOHD KHAIRUDDIN

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin memberitahu minyak masak pek 2kg dan 5kg ketika ini berada di pasaran sekitar 300,000 tan dan minyak masak pek bersubsidi 1kg kira-kira 720,000 tan, manakala sebanyak 19 juta tan dipasarkan di pasaran antarabangsa menerusi eksport.

Menurut beliau, wujud penyelewengan minyak masak bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50 bagi pek 1kg, sebelum ia dipek semula kepada kilogram dan dijual dengan harga pasaran RM20 sebelum ini dan kini berada pada sekitar RM30.

“Sekiranya subsidi diperluaskan kepada minyak masak 5kg untuk kegunaan M40 dan T20, penyelewengan boleh berlaku lagi pada skala lebih besar dan memerlukan penguatkuasaan lebih ketat oleh kerajaan.

“Sudah lama rakyat M40 dan T20 menikmati minyak masak pada harga rendah di atas kudrat dan keringat pekebun kecil yang berpendapatan kecil,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, untuk 12 juta rakyat berpendapatan rendah, kerajaan telah menyediakan harga subsidi RM2.50 dengan bagi pek satu kilogram meskipun harga modal di kilang melebihi RM5.

“Kerajaan membayar subsidi purata 720,000 tan setahun atau sebanyak 720 juta pek minyak masak 1kg yang dikeluarkan. Bukan hanya cukup untuk 12 juta rakyat B40 malah dengan angka rakyat Malaysia 32 juta, setiap orang boleh menikmati 1.8 kilogram minyak sebulan dengan harga subsidi.

“Kalau keluarga dengan lima orang bererti satu keluarga boleh menikmati purata 9kg minyak masak bersubsidi sebulan,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Khairuddin menegaskan kenaikan harga MSM ‘memulangkan keringat’ tiga juta ahli keluarga pekebun kecil sawit di seluruh negara di mana harga MSM di pasaran dunia berada pada RM4,000 hingga RM4,500 satu tan berbanding hanya sekitar RM2,000 satu tan pada 2019 dan sebelumnya.

“Kesannya, harga buah tandan segar di ladang naik sekitar RM1,000 satu tan berbanding RM300 sebelum ini, sekali gus meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit daripada kategori B40 berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan baik yang mencukupi untuk sara hidup sekeluarga. 

“Dengan harga MSM sekitar RM2,000 satu tan pada 2019, pekebun kecil menjual buah sawit di ladang hanya dengan harga RM300 dan ia tidak cukup untuk menampung kos keringat dan baja.

“Namun, dengan harga RM4,000 satu tan, pekebun kecil menikmati harga di ladang RM1,000 satu tan menjadikan purata pendapatan bulanan pekebun kecil dengan empat hektar sawit sekitar RM5,000 ke RM6,000. Kenaikan harga inilah yang menguntungkan tiga juta rakyat miskin dari kalangan keluarga peneroka dan pekebun kecil sawit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.