10 JUN: Sembilan maut dan lapan cedera parah selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di selatan Korea Selatan yang turut menimpa sebuah bas semalam.
Dalam kejadian di timur Gwangju itu bas yang membawa 17 penumpang berhenti di berhampiran bangunan tersebut, kata Agensi Bomba Kebangsaan.
Bagaimanapun, punca bangunan itu runtuh masih belum diketahui dan kerja-kerja menyelamat mangsa yang mungkin terperangkap masih diteruskan.
Pegawai kecemasan yang digegaskan ke tempat kejadian di bandar timur Gwangju menyelamatkan lapan mangsa, yang semuanya cedera.
Ia tidak menyatakan sama ada lapan mangsa itu berada dalam bas atau bangunan.
Selain itu, tidak diketahui sama ada terdapat sesiapa dalam bangunan itu ketika ia runtuh.
Yonhap memaklumkan, kebanyakan mangsa ialah penumpang bas.
Ia juga berkata, dua kereta pada awalnya disangka tertimbus di bawah runtuhan, yang kemudian disahkan oleh pihak berkuasa terselamat daripada insiden itu.
Satu video dari tempat kejadian menunjukkan puluhan pekerja keselamatan yang dilengkapi pengusung dan tuil besi mencari mangsa, manakala mesin pengorek menggali timbunan besar konkrit dan rasuk besi bengkok yang berselerak di atas jalan.