nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksin pandu lalu lebih mudah, cepat, selamat dan selesa

10 JUN: Sistem pemberian vaksin COVID-19 secara pandu lalu yang bakal diperkenalkan kerajaan dalam tempoh terdekat adalah satu proses imunisasi yang lebih mudah, cepat, selamat dan selesa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata usaha dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke atas anggota dan keluarganya, sebelum diperluaskan kepada orang ramai secara berperingkat itu boleh dijalankan di kem tentera atau lokaliti kecil.

“Vaksin pandu lalu ini tak perlukan bangunan besar, sangat cepat, 15 minit sahaja.

“Vaksinasi melalui kaedah ini akan dilaksanakan untuk anggota dan keluarga di Kem Sungai Besi, kemudian dibuka kepada anggota serta keluarga mereka dari kem-kem lain di Lembah Klang.

ISMAIL SABRI turut mengucapkan tahniah kepada calon-calon SPM 2020 yang keputusannya diumumkan hari ini.

“ATM juga akan membuka vaksin pandu lalu di kem-kem di negeri-negeri, terutama di negeri-negeri berisiko tinggi dan selepas itu kita akan buka kepada orang ramai,” katanya menerusi status dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan ATM akan membuka enam pusat pemberian vaksin secara pandu lalu di kem tentera terpilih.

Katanya, pembukaan menyaksikan Kem Sungai Besi sebagai perintis itu adalah bagi menyokong dan mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan kerajaan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, ATM menawarkan bantuan dari segi logistik bagi penghantaran vaksin ke kawasan pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak.

“Trak-trak tentera akan melalui jalan ke pedalaman ini dan jika tiada akses jalan, kita akan menggunakan helikopter untuk menghantar vaksin.

“Kita juga akan menggunakan bot untuk membawa vaksin melalui sungai bagi kawasan pedalaman yang tiada jalan darat,” katanya.

Sementara itu, berhubung pencapaian cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 seperti diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, hari ini, Ismail Sabri mengucapkan tahniah serta syabas kepada calon yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pelajar SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020, manakala buat pelajar tidak mendapat keputusan diimpikan, jangan berputus asa kerana kalian sudah melakukan yang terbaik.

“Lipat gandakan usaha dan insya-Allah pasti lebih banyak kejayaan di persada seterusnya,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.