nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin gembira vaksinasi cecah 156,000 dos sehari

11 JUN: Kadar pemberian vaksin harian yang tinggi membuktikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan pada 24 Februari lalu berjalan dengan baik.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau gembira kerana kadar vaksinasi di Malaysia mencecah 156,000 dos sehari semalam.

“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,00 hingga 400,000 sehari.

“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin). Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz hari ini.

MUHYIDDIN

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi jaminan setiap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin akan menerimanya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini seterusnya memastikan keadaan negara termasuk sistem kesihatan bertambah baik selain ekonomi terus pulih.

“Sebab itu kita tambah Pusat Pemberian Vaksin sehingga 600, unit bergerak dan pandu lalu, kita pergi ke luar bandar supaya tiada rakyat yang patut dapat vaksin tertinggal.

“Ada sesetengah tempat ada Orang Kurang Upaya, kita pergi ke kawasan mereka untuk (mudahkan mereka) dapat rawatan dan langkah yang kita ambil ini adalah secara holistik iaitu ‘whole of society, whole of government’ bagi menentukan kita berjaya memerangi wabak COVID-19,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat bagi membendung penularan wabak COVID-19 berjaya memastikan sistem kesihatan di negara ini tidak runtuh.

Perdana Menteri berkata menerusi ordinan itu, Kementerian Kesihatan boleh menggunakan peruntukan yang ada untuk mengambil alih dan menggunakan mana-mana hospital termasuk swasta bagi dijadikan hospital khusus merawat pesakit COVID-19. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.